The Supply: The Role of SPPOMA & MPOA

The Supply

Selepas faham tentang Demand, kita akan belajar tentang apa yang menjadi Supply kepada FCPO supaya lengkap naik dan turun dalam pergerakan harga di FCPO.

Kesan Demand kepada FCPO pula adalah seperti di bawah;

  • Supply ↑ = Price ↓
  • Supply ↓ = Price ↑

Apakah Supply dalam konteks FCPO?

Supply dalam konteks bisnes ada dua:

  • Production (Pengeluaran)
  • Stock (Stok)

Kita ambil contoh mudah faham terlebih dahulu.

Kita ambil situasi di sebuah Kampung Pisang.

Pak Ali ialah seorang penjual runcit di Kampung Pisang, dan ada juga menjual Panadol.

Suatu hari, penduduk Kampung Pisang dilanda wabak flu & demam kecuali Pak Ali kerana Pak Ali selalu pakai mask ketika berniaga.

Apabila dilanda wabak flu dan ramai penduduk Kampung Pisang demam, ramai yang mula pergi ke kedai Pak Ali untuk beli Panadol.

Pak Ali pula pada masa itu mempunyai stok Panadol yang terhad.

Apabila stok Panadol tak banyak, tetapi ramai penduduk di Kampung Pisang nak beli Panadol – harga Panadol pun naik daripada RM8.00 sepapan jadi RM16.00.

Disebabkan Pak Ali nampak boleh tekan harga Panadol lebih tinggi dan masih ada penduduk nak beli Panadol, maka Pak Ali pun hubungi supplier Panadol untuk dapatkan lebih banyak stok Panadol.

Pak Ali yang biasanya simpan stok 100 papan Panadol sebulan, sekarang mula beli lebih banyak papan Panadol daripada supplier sehingga mencecah 500 papan dalam stok kedai Pak Ali.

Bulan tersebut Pak Ali sangat gembira sebab untung jual Panadol sahaja naik sampai 2 kali ganda.

Bulan seterusnya, Pak Ali menjadi lebih agresif dalam menambah stok Panadol di kedainya sampai 1,000 papan Panadol.

Akan tetapi, pada bulan seterusnya juga penduduk Kampung Pisang semakin pulih daripada wabak flu & demam.

Sekarang harga Panadol yang Pak Ali naikkan kepada RM16.00 dah tak ada penduduk yang nak beli.

Stok Panadol pula masih ada 1,000, iaitu 10 kali lagi banyak daripada jumlah stok bulan-bulan biasa gara-gara Pak Ali nak dapat untung banyak.

Pak Ali cuba jual RM16.00, tak ada yang nak beli.

Pak Ali cuba turunkan jadi RM15.00, masih tak ada yang nak beli.

Pak Ali turunkan lagi kepada RM12.00 pun tak ada yang nak beli.

Sekarang Pak Ali jadi terdesak.

Dalam stok kedai ada 1,000 Panadol dan orang pula tak nak beli.

Sekarang Pak Ali tiada pilihan kecuali untuk turunkan lagi harga supaya dapat clearkan stok Panadolnya.

Pak Ali cuba turunkan kepada harga RM8.00 iaitu harga sebelum wabak berlaku pun tiada orang nak beli.

Akhirnya nak tak nak, Pak Ali terpaksa turunkan sehingga RM4.00 satu papan Panadol baru ada penduduk yang nak beli.

Ini adalah contoh mudah tentang Stok dan Harga.

Bila Supply tinggi, kesan kepada Harga adalah negatif.

Production & Stok

Production pula adalah pengeluaran.

Kesan Production adalah sama seperti Stok kerana kedua-duanya adalah Supply.

Kita ambil contoh situasi yang sama di Kampung Pisang.

Kak Limah ialah seorang penjual Karipap Frozen.

Pada minggu pertama meniaga Karipap Frozen, alhamdulillah perniagaan Kak Limah disambut baik oleh penduduk Kampung Pisang.

Pada mulanya Kak Limah akan sediakan 20 bungkus Karipap Frozen sehari dijual pada harga RM15 dan akan sold out di penghujung hari.

Pada minggu ke-2. disebabkan permintaan makin bertambah dan ramai penduduk Kampung Pisang suka Karipap Frozen Kak Limah, Kak Limah tambahkan production Karipap Frozen daripada 20 bungkus kepada 50 bungkus.

Walaupun sudah naik kepada 50 bungkus, Karipap Frozen Kak Limah masih lagi sold out di penghujung hari.

Pada minggu ke-3, disebabkan untung makin berlipat ganda, Kak Limah mula untuk tambah pekerja dan naikkan production kepada 200 bungkus dan naikkan harga kepada RM20 – dan masih sold out!

Masuk minggu ke-4, disebabkan 200 bungkus sehari pun sold out, Kak Limah naikkan lagi sehingga 500 bungkus dengan harga RM20 sebungkus.

Akan tetapi, penduduk Kampung Pisang mula mengeluh kerana baru minggu ke-4 sudah naik harga dan mula boikot Kak Limah kerana Karipap Frozen mahal.

Kak Limah sekarang terjerat dengan 3 benda:

  1. Production Karipap Frozen Kak Limah sudah jadi lebih daripada biasa, terlalu banyak sehingga 500 bungkus sehari.
  2. Demand Karipap Frozen makin berkurangan kerana protes penduduk Kampung Pisang gara-gara Kak Limah mahu keuntungan berlipat kali ganda, sedangkan yang support bisnes Kak Limah dari awal adalah penduduk Kampung Pisang itu juga.
  3. Stok Karipap Frozen dengan production 500 bungkus sehari tak berjaya sold out seperti yang Kak Limah sangka.

Jadi, apa akan berlaku kepada harga Karipap Frozen?

Apa yang Kak Limah perlu buat untuk sekurang-kurangnya pulang modal semula daripada menjual Karipap Frozen?

Kak Limah perlu turunkan harga!

Selepas Kak Limah turunkan harga kepada RM10, barulah habis stok-stok Karipap Frozen Kak Limah.

Jadi itulah dia, sama dengan CPO.

Bila stok dan production CPO tinggi dalam negara, kesannya adalah negatif kepada harga sama seperti bagaimana stok dan production yang tinggi pada bisnes Kak Limah memberi kesan kepada pergerakan harga.

FCPO

Dalam konteks FCPO pula, sekiranya salah satu atau kedua-kedua Stok & Production meningkat, kesan kepada harga ialah negatif. Manakala kalau menurun pula, kesan kepada harga ialah positif.

Barang terlebih, harga turun.
Barang berkurangan, harga naik.

  • Di FCPO, kesan kepada harga adalah directly samada data Supply yang keluar adalah positif atau negatif tanpa mengira data Demand yang telah keluar.

Perlu ingat bahawa kesan daripada data Supply yang keluar adalah short term dalam setiap period 5 hari. 

Siapakah Pengeluar Data untuk Supply (Production & Stock)?

Yang bertanggungjawab untuk keluarkan data untuk Production dan Stock CPO di Malaysia ada beberapa entiti tetapi yang paling relevan ada 2 iaitu:

  • SPPOMA (nama penuh, South Palm Oil Manufacturer Association):
    • Badan organisasi yang terdiri daripada members of 17 mills mainly located di Johor, merangkumi 25% daripada semua palm oil mills di Semenanjung Malaysia dan mengeluarkan hampir 15% daripada jumlah pengeluaran sawit di Malaysia. Data yang diperoleh adalah juga dikumpulkan daripada semua pengeluar sawit di Malaysia.
  • MPOA (nama penuh, Malaysian Palm Oil Association):
    • Sebuah badan pertubuhan yang mewakili kepentingan peladang dan pemproses CPO di Malaysia.
 
Jadi jelas di sini kedua-dua badan organisasi ini adalah badan yang bertanggungjawab untuk keluarkan data tentang Production dan Stock di Malaysia.

Bila Data untuk Supply (Production& Stock) dikeluarkan dan Bagaimana Cara untuk Baca Data Supply?

SPPOMA

Data untuk Production dan Stock daripada SPPOMA dikeluarkan secara berkala, iaitu setiap gandaan 5 haribulan dan dibandingkan dengan data pada bulan lepas iaitu pada:

  • 1 – 5 haribulan
  • 1 – 10 haribulan
  • 1 – 15 haribulan
  • 1 – 20 haribulan
  • 1 – 25 haribulan
  • 1 – 30/31 haribulan (atau dipanggil sebagai Full Month)

Sebagai contoh:

Data Production untuk period 1-5 March 2024 sebanyak 300,000 metrik tan dibandingkan dengan Data Production pada 1-5 February 2024 250,000 metrik tan, bermakna ada peningkatan sebanyak +50,000 metrik tan lebih dihasilkan pada 1-5 March jika dibandingkan dengan 1-5 February:

= (300,000 mt – 250,000) / 250,000 mt x 100
= 50,000 mt / 250,000 mt x 100
= +20%

Juga bermakna:

1-5 March 2024 vs 1-5 February 2024 berlaku peningkatan pada Production CPO iaitu sebanyak +20% (atau pertambahan +50,000 metrik tan)

SPPOMA akan keluarkan data Production dan Stock setiap gandaan 5 haribulan bermula daripada 1-5 haribulan sehingga 1-30/31 haribulan setiap bulan.

MPOA

Data untuk Production dan Stock daripada MPOA pula dikeluarkan pada setiap 20 haribulan setiap bulan.

  • 1 – 20 haribulan

Cara analisa data juga adalah sama seperti data Production dan Supply pada data SPPOMA, iaitu dengan cara perbandingan dengan bulan sebelum.

Sebagai contoh:

Data Production 1-20 April 2024: 600,000 mt

vs

Data Production 1-20 March 2024: 700,00 mt

= Production untuk bulan April 2024 berlaku pengurangan sebanyak 100,000 mt berbanding bulan March 2024.

= (600,000 – 700,000) / 700,000 mt x 100
= -100,000 mt / 700,000 mt x 100
= -14.28%

Juga bermakna:

1-20 April 2024 vs 1-5 March 2024 berlaku pengurangan pada Production CPO iaitu sebanyak -14.28% (atau pertambahan -100,000 metrik tan)

Contoh Kesan Data Supply Pada Chart FCPO

Dibawah adalah contoh kesan Supply pada pergerakan harga:

Jadi apa yang berlaku di atas adalah, apabila keluar data Production yang positif, kesan kepada harga ialah negatif dan kita boleh nampak bagaimana FCPO turun sehingga 500+ tick pada tarikh data tersebut keluar.

Contoh kedua adalah semasa MPOB keluarkan data production yang positif dan kesan kepada FCPO:

 

Pada chart di atas, sebelum September 11 dijangka bahawa MPOB akan keluarkan data Production dan Stock yang tinggi.

Apabila data MPOB dikeluarkan pada 12.30pm pada Sept 11, 2024 menunjukkan Production dan Stock positif, FCPO gap sehingga 79 ticks sebagai reaksi kepada data yang bearish.

Saya rumuskan semula kesan Supply (Production dan/atau Stock) kepada harga FCPO:

Itu sahaja!

Jadi anda hanya perlu monitor untuk data daripada SPPOMA setiap 5 haribulan dan data daripada MPOA pada 20 haribulan untuk analisa Supply di FCPO.

Crude Oil, Soybean Oil, Wheat, Copper, etc

Syariah-Compliancy of Foreign Futures

Nota

Untuk info penuh tentang Foreign Futures: → KLIK LINK DI SINI

Cash vs Physical Settlement

  • Physical Settlement

Wajib ada deliverable of underlying asset. Maksudnya ada physical settlement iaitu pertukaran aset fizikal berlaku antara seller dan buyer, WALAUPUN kita tidak trade untuk dapatkan physical asset tersebut.

Halal & Non-Ribawi Items
Underlying aset untuk kontrak futures tersebut mestilah halal dan bukan barang ribawi:

Exchange
Didagangkan di bawah Bursa/Exchange yang regulated dan berlesen di bawah badan penyeliaan negara.

Ada apa-apa soalan tentang Syariah Compliant Foreign Futures? Boleh PM Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

Crude Oil, Soybean Oil, Wheat, Copper, etc

Syariah-Compliant Foreign Futures List

Nota Penting

List adalah daripada consensus panel syariah CGS-CIMB untuk Foreign Futures yang syariah untuk berdagang: https://www.cgsi.com.my/en/shariahcompliantfutures

Ada apa-apa soalan tentang Syariah Compliant Foreign Futures? Boleh PM Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

Crude Oil, Soybean Oil, Wheat, Copper, etc

Cara Apply Trade Foreign Futures

Nota Penting

Untuk info penuh tentang Foreign Futures (Crude Oil, Soybean Oil, etc): → KLIK LINK DI SINI

Pastikan Balance Akaun ada minimum RM5,000 semasa apply!
(Selepas approved, anda boleh adjust modal anda samada ingin kurang atau lebih RM5,000)

DILARANG TRADE DI CQG SEMENTARA DALAM PERTUKARAN KE PHILLIP NOVA.
TUNGGU SEHINGGA TERIMA EMAIL AKAUN PHILLIP NOVA, BARU BOLEH TRADE!
(Ini adalah untuk mengelakkan position anda tersangkut dan tak boleh ditutup oleh sistem dan berlaku insiden yang tidak diingini!)

Fee Live Data untuk CQG

Berbayar.

Boleh rujuk CQG Market Data Fees di sini: → KLIK DI SINI
(Lihat pada Fee untuk Non-Professional Market Depth)
Fee ini adalah daripada CQG, bukan dari broker.

List:

  • CBOT: USD13/month
  • CME: USD13/month
  • NYMEX: USD13/month
  • COMEX: USD13/month
  • CME Bundle Discount (CBOT + CME + NYMEX + COMEX) = USD35/month

Fee Live Data untuk Phillip Nova

Percuma.

Tiada sebarang bayaran dikenakan sekiranya ingin subscribe Live Data dan trade Foreign Futures!

SSPECIAL BROKERAGE RATE FOR CLIENTS UNDER DR ARIF

Brokerage Fee for Foreign Futures

Untuk clients under Dr Arif, layak untuk dapat rate khas iaitu lebih rendah tanpa perlu negotiate tetapi hanya efektif selepas setiap hari Isnin.

HARAP MAKLUM RATE KHAS UNTUK CLIENTS DI BAWAH DR ARIF INI BROKER HANYA AKAN SET PADA SETIAP ISNIN

BERMAKNA CONTOH JIKA ANDA BARU APPLY LIVE DATA PADA HARI SELASA DAN MULA PERTAMA KALI TRADE PADA HARI KHAMIS, RATE ANDA ADALAH BOARD RATE, IAITU RATE BROKER YANG LEBIH MAHAL IAITU USD12 PER LOT/SIDE.

TUNGGU SEHINGGA SELEPAS HARI ISNIN 6PM UNTUK DAPATKAN RATE KHAS!

1. Crude Oil WTI Micro: USD5 per lot/side
2. Crude Oil WTI : USD9 per lot/side
3. Soybean Oil Futures: USD9 per lot/side
4. Mini-Soybeans: USD7 per lot/side
5. Corn Futures: USD9 per lot/side
6. Soybeans: USD9 per lot/side
7. Mini-Corn: USD7 per lot/side
8. Mini-Wheat: USD7 per lot/side

Boleh tanya pada admin di Telegram @PADrArif untuk bertanya tentang foreign futures yang tidak tersenarai.

Cara Apply Untuk Subscribe dan Trade Foreign Futures:

  1. Pilih Produk dan Exchange yang anda ingin trade di sini: → List Produk & Exchange
  2. Isi 2 borang di bawah:
    • Account No = PQA**** (ID Akaun anda)
    • Login ID: PQA**** (ID Akaun anda)
    • Trading Platform: CQG atau Nova (bergantung kepada platform yang anda sedang pakai)

Download borang di bawah:

3. Hantar kedua-dua borang yang telah diisi kepada Admin @PADrArif

4. Itu sahaja. Subscription kepada Live Data Foreign Futures sehingga boleh trade masa 1 – 3 hari bekerja.

Anda boleh check status application dengan Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

CQG → Phillip Nova

Cara Tukar CQG Ke Phillip Nova

Nota Penting

Untuk info lanjut tentang Phillip Nova: → KLIK LINK DI SINI
Untuk client CQG yang ingin berehat daripada trading atau ingin bertukar kepada platform yang tidak dikenakan caj, boleh tukar kepada Phillip Nova dengan mudah.
Kerana Phillip Nova ialah platform percuma!  

DILARANG TRADE DI CQG SEMENTARA DALAM PERTUKARAN KE PHILLIP NOVA.
TUNGGU SEHINGGA TERIMA EMAIL AKAUN PHILLIP NOVA, BARU BOLEH TRADE!
(Ini adalah untuk mengelakkan position anda tersangkut dan tak boleh ditutup oleh sistem dan berlaku insiden yang tidak diingini!)

Cara Tukar Platform CQG ke Phillip Nova:

  1. Mudah sahaja!

    Terus PM ID Akaun anda (PQA****) kepada Admin @PADrArif 

2. Itu sahaja. Pertukaran daripada CQG ke Phillip Nova ambil masa 1 – 3 hari bekerja.

Tunggu untuk terima email login Phillip Nova.

Anda boleh check status pertukaran dengan Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

Phillip Nova → CQG

Cara Tukar Phillip Nova Ke CQG

SYARAT PENTING!

Ada balance dalam akaun Phillip Nova minimum RM5,000.
Selepas sudah terima akaun CQG, boleh adjust modal anda samada ingin withdraw bawah RM5,000 atau tambah.

DILARANG TRADE DI PHILLIP NOVA SEMENTARA DALAM PERTUKARAN KE CQG.
TUNGGU SEHINGGA TERIMA EMAIL AKAUN CQG, BARU BOLEH TRADE!

(Ini adalah untuk mengelakkan position anda tersangkut dan tak boleh ditutup oleh sistem dan berlaku insiden yang tidak diingini!)

Cara Tukar Platform Phillip Nova kepada CQG:

  1. Isi borang CQG Desktop Agreement

2. Hantar borang yang telah diisi kepada Admin @PADrArif

3. Info Ringkas CQG:

  • Platform Fee: RM168/month atau boleh waive fee dengan trade 50 lots/month, bersamaan 25 ENTRY SAHAJA SEBULAN!

Untuk info lanjut tentang CQG: → KLIK LINK DI SINI

Anda boleh check status pertukaran dengan Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

The Only One In Malaysia!

Cara Link Akaun Phillip Nova ke TradingView

Phillip Nova ialah satu-satunya platform di Malaysia yang boleh trade directly pada TradingView!

Syarat Link Akaun Phillip Nova Pada Akaun TradingView:

  1. Ada akaun Nova, Sekiranya sedang memakai akaun CQG, saya suggest untuk maintain CQG.
  2. Perlu ada akaun TradingView yang subscribed kepada mana-mana pakej samada Essential, Plus atau Premium.
    (tekan link pada gambar)

3. Subscribe kepada Live Data BMD untuk dapatkan live data
(tekan link pada gambar)

4. Cari Phillip Nova di Trading Panel di TradingView, kemudian boleh login dan mula trade di TradingView.

Untuk info lanjut FAQ Phillip Nova x TradingView: → KLIK LINK DI SINI

Ada soalan? Terus PM Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

The Trading Platforms

Perbezaan Phillip Nova vs CQG

Feature Phillip Nova CQG

Platform Fee

Free of Charge

RM138/month or can the platform fee also be waived if client trades 20 lots/month.
(1 entry = 1 lot + 1 lot = 2 lots = ONLY 10 entries/month to waive platform fee!)

Link with TradingView

Yes
No

Auto Set TP & SL
(Bracket Mode)

No
(Also not available even if link with TradingView)

Yes!
(CQG is the only platform that
allow client to set Stop Loss and
Target Price before Entry)

Suitable for working clients!

25% Margin Intraday

Yes

Yes

Technical Indicators

100+ Indicators
100+ Indicators

Multiple Layout

Only allow 1 chart to be viewed
at a time

Allow multiple chart with different
timeframes to be viewed at the same time

Mobile App

Available on iOS & Android
Available on iOS & Android

Demo Account

Yes
Able to trade FCPO & Foreign Futures (Crude Oil, Soybean Oil, Copper, Gold, etc)

Yes
Able to trade Foreign Futures (Crude Oil, Soybean Oil, Copper, Gold, etc)

But unable to trade FCPO on Demo Account because CQG is US-based company
(Real account will be able to trade FCPO)

Masih Ada Soalan Tentang Phillip Nova atau CQG?

↓ Terus PM Admin di bawah ↓

Admin @PADrArif
(Bertugas dari 9am – 11pm setiap hari)

Penyelamat Daripada Gap!

40% Low Equity Level

Apa itu 40% Low Equity Level?

40% Low Equity Level bermaksud:

Untuk Overnight position, minimum balance dalam akaun ialah 40% daripada Full Margin.

40% x Full Margin semasa = Minimum Low Equity Level untuk OV untuk 1 lot FCPO.

40% x RM8,500 = RM3,400 (minimum balance dalam akaun untuk OV 1 lot FCPO)

Kalau lebih 1 lot? Darab 2, 3 dan seterusnya mengikut jumlah lot yang kita pegang dalam position.

Sekiranya balance account bawah RM3,400 – position akan ditutup dalam masa 10 minit sebelum market tutup.

Untuk Overnight position sahaja, bukan intraday.

Untuk intraday, tiada masalah untuk balance akaun bawah 40%.

⊗ Ingat, 25% margin adalah untuk INTRADAY sahaja! Ini adalah sama dengan semua broker di Malaysia ⊗

Untuk hold position daripada Sesi Petang ke Sesi Malam:

Minimum balance mesti ada 40% daripada Full Margin.

Untuk hold position daripada Sesi Malam ke Sesi Pagi:

Minimum balance mesti ada 40% daripada Full Margin.

Kenapa broker perlu ada 40% Low Equity Level?

Supaya akaun client tak berlaku sampai jatuh jadi RM0 atau jadi baki akaun yang negatif gara-gara client tak mahu pasang SL dan teknik harapan biar position loss bertambah besar dan besar.

Force Liquidation untuk setiap broker berbeza mengikut suatu level yang dipanggil Low Equity Level.

Kenapa broker di Malaysia praktis 40% Low Equity Level?

40% Low Equity Level ini tujuannya adalah untuk protect client dan juga broker, kerana sebelum ini pernah berlaku kes client jadi overloss kerana GAP yang besar.

Dah berlaku kes client ada open position dan floating loss pukul 6pm drop sampai tinggal RM2,000 dalam akaun, dan kemudian gap sampai lebih 60 ticks.

Akaun client tinggal 2 angka.

Hampir overloss kerana teknik harapan.

Akaun tak cukup 1 lot Full Margin, tetapi bawa position dari Intraday ke OV.

Terus terdedah kepada RISIKO GAP.

GAP di FCPO boleh berlaku dari sebanyak 0 tick sehingga sehingga 200+ ticks.

Gap paling besar pada tahun 2023 ialah 186 ticks pada Jul 4, 2023.

Kalau dalam akaun hanya ada RM2,800 (40% x Full Margin RM8,500) – dan kemudian gap 186 ticks lawan arah entry?

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢀⠀⣄⠰⣄⠀⢀⠀⠀⡀⣀⠀⡀⠀⢀⠀⣀⢠⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢀⢤⣀⠢⣑⣾⣷⣾⣷⣾⣶⣿⢿⣧⠿⣿⣷⣽⣶⣊⣣⣽⣄⢧⡰⡆⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢀⡀⠲⣷⣮⣁⣤⠼⠚⠉⢁⣴⣿⣿⠻⢿⡀⠙⣀⠋⠙⣺⠋⣿⣭⡛⠻⠮⣧⣹⡘⣦⣦⡀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⣈⡳⢬⣽⡶⠟⠉⠀⠀⠀⡴⢿⣧⡉⠋⠀⠣⣧⢠⠟⣄⣠⠅⠘⠰⡟⣿⢆⠀⠈⠉⠻⢾⣻⡉⠳⠦⣄⡀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⢠⢦⡰⢦⣀⣐⣶⣿⠟⠛⠛⠁⠀⠀⠀⡾⢁⡓⠻⣗⠠⢷⠌⠘⣇⣣⡈⠀⠙⣀⡀⠐⣿⣨⣧⠀⠀⠀⠀⠙⠳⣄⠀⠈⠻⣷⣆⠀⠀⠀⠀
⠀⢀⠘⠦⠭⢛⣒⡼⠋⠤⠀⠀⠀⠀⠀⠀⣼⣿⠤⠤⠔⠀⣸⣤⣤⠞⠛⠻⣿⣦⣀⣚⡄⢐⣛⢽⠾⡇⠀⠀⠀⠀⠀⠈⠓⢤⠀⠀⠈⠳⠄⠀⠀
⠀⠈⠑⠒⣲⠾⠋⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢨⡿⠭⠵⠦⠀⢠⠀⢹⣇⠀⠀⣠⣿⣿⡿⠛⠉⠀⠀⢈⣭⢹⠀⠀⠀⠀⠀⢤⣄⡈⠳⣄⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⣀⡴⣞⠁⠀⠀⣀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠈⣷⡦⠄⠀⠀⠘⣙⠉⢿⣷⣾⣿⣿⣿⠇⡶⠀⠀⠀⣴⣿⣻⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢲⣿⠳⣤⡀⠀⠀
⠋⠹⣄⠈⠳⣄⡀⠐⢟⡀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢻⣿⣯⣀⡀⠀⠀⣆⣀⠟⡛⡛⠛⠳⠄⠀⠀⢀⡀⢺⢷⡇⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⣀⣼⡿⠏⠏⠉⣷⠀
⠀⡀⠘⢦⡈⠁⠙⠲⢤⣀⠧⠤⢤⣀⣀⡀⠈⣻⣄⣛⠅⣀⢀⡄⠙⡸⠽⠻⠱⠀⠃⠀⠫⣟⠯⣝⡾⠀⠀⠀⠀⠀⣀⠴⠋⠁⠀⠀⠀⠀⠀⢹⠀
⠀⠘⠂⠈⠻⣄⠀⠉⠴⢛⣦⢄⡀⠀⠀⠀⠉⠉⠛⠓⠛⠛⠛⠓⠛⠿⠧⢮⣷⣔⣎⣣⣿⡯⣳⠞⠁⠀⠀⠀⣠⢾⠥⠤⠤⢤⣀⠀⠀⠀⠀⢸⠁
⠀⠀⠀⠀⠀⠈⠳⣄⠐⠋⠠⢚⡿⢖⣤⡀⠂⠤⣄⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠐⠒⠤⠀⠉⣉⠩⣉⡁⠉⠁⣒⣂⣨⣽⠟⠋⠀⠀⠀⠀⠙⣗⠄⠀⠀⡞⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠑⢄⠀⠀⠀⠈⠀⠻⠿⠶⢤⡀⢀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⣀⣥⣤⣾⣿⢿⠃⠇⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠈⣆⠀⢸⠃⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠉⢧⣀⣀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢀⡴⠻⠉⠁⠉⠁⠈⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠘⡆⠸⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠈⠙⢄⡀⠀⠀⠀⢸⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⡝⢸⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠉⠳⡄⢠⡟⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢰⡷⠘⣇⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢳⡞⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⡞⠀⠀⢸⡀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢠⠏⢳⡀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⢰⠃⠀⠀⢠⣧
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⣯⡀⣰⡇⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠘⢧⣀⢠⣾⠏
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠈⠉⠉⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠉⠉⠁⠀

Rumusan

  • Untuk OV, wajib FULL MARGIN.
  • Kalau tak cukup FULL MARGIN, tetapi masih nak OV, account balance wajib above (40% x Full Margin) untuk setiap lot.
  • Kalau tetap nak OV dan account balance tak cukup Full Margin dan bawah 40%position akan ditutup dalam masa 10 minit sebelum market tutup oleh Risk Team broker untuk mengelakkan scenario yang saya ceritakan di atas.

Masih Ada Soalan Tentang 40% Low Equity Level?

↓ Terus PM Admin di bawah ↓

Admin @PADrArif

Penyelamat Teknik Harapan!

Force Liquidation

Apa itu Force Liquidation?

Force Liquidation bermaksud:

Penutupan position client secara paksa oleh Risk Team di bawah broker.

Force Liquidation bermaksud penutupan position client secara paksa oleh Risk Team di bawah broker.

Bermakna position yang client masih hold tetapi dalam keadaan loss yang besar akan ditutup secara paksa oleh Risk Team di bawah broker.

Kenapa perlu ada Force Liquidation oleh broker di Malaysia?

Supaya akaun client tak berlaku sampai jatuh jadi RM0 atau jadi baki akaun yang negatif gara-gara client tak mahu pasang SL dan teknik harapan biar position loss bertambah besar dan besar.

Force Liquidation untuk setiap broker berbeza mengikut suatu level yang dipanggil Low Equity Level.

10% Low Equity Level

Maksud 10% Low Equity Level ialah

10% x Margin Semasa (RM8,500) = RM850 sebagai paras Low Equity level.

Sekiranya baki dalam akaun jatuh bawah daripada 10% Low Equity level, position yang client masih hold akan kena liquidate/cut serta merta oleh Risk Team broker.

Low Equity Level ini bukan sahaja dipraktis oleh broker Phillip Capital, tetapi sama dengan semua broker di Malaysia!

Malah ada broker yang mempunyai Low Equity Level yang lebih tinggi iaitu pada paras 20% dan 30%!

Contoh Force Liquidation

Ali sell 1 lot FCPO pada pukul 3.00PM. Dalam akaun Ali ada RM4,000 dan trade dengan 25% margin (RM2,125 lot).

Tetapi selepas Ali entry, market naik uptrend dengan momentum yang kuat.

Position 1 lot Sell Ali sekarang sudah ada floating loss, dan loss position sell ini makin bertambah besar.

Pukul 4.00pm, floating loss Ali menjadi makin besar sampai negatif -RM3,000. Bermakna dalam akaun daripada RM4,000, hanya tinggal RM1,000 daripada floating loss -RM3,000 kerana Ali tak mahu cut loss dan bertukar teknik kepada teknik harapan.

RM4,000 – (Floating Loss RM3,000) = Floating Balance RM1,000

Soalan Pertama

Adakah position sell Ali perlu dipotong oleh broker melalui Force Liquidation?

Tidak, kerana baki dalam akaun Ali masih lagi ada RM1,000 iaitu di atas 10% Low Equity Level iaitu atas RM850.

Pukul 4.00pm, market sambung naik dan meroket dan akhirnya floating loss dalam akaun Ali bertambah menjadi -RM3,235.00 dan baki dalam akaun Ali mencecah RM675 iaitu di bawah 10% Low Equity Level iaitu RM850.

Soalan Kedua

Adakah position sell Ali perlu dipotong oleh broker melalui Force Liquidation?

Ya, kerana baki dalam akaun Ali sudah jatuh di bawah paras 10% Low Equity Level iaitu di bawah RM850.

Position 1 lot sell Ali akan dipotong secara Force Liquidation oleh Risk Team di bawah broker untuk mengelakkan loss bertambah-tambah sehingga akaun Ali menjadi RM0 atau lebih teruk lagi menjadi negatif.

Contoh Real Account

Client guna teknik harapan, dan akhirnya floating loss makin besar.

Akaun sudah capai bawah 10% Low Equity Level.

Sebelum kena Force Liquidation:

Selepas kena Force Liquidation:

Moral di sini,

JANGAN TEKNIK HARAPAN 

Masih Ada Soalan Tentang Force Liquidation?

↓ Terus PM Admin di bawah ↓

Admin @PADrArif

Overnight Position Wajib Full Margin!

Margin Call

Apa itu Margin Call?

Margin Call bukan Bayaran!
Margin Call ialah Deposit.

Untuk faham Margin Call, perlu faham tentang Margin terlebih dahulu.

Quick recap tentang Margin

Full Margin untuk 1 lot FCPO berubah mengikut semasa. Untuk tarikh saya menulis topik ini adalah RM8,500 untuk 1 lot.

Saya tulis semula analogi mudah tentang margin di bawah

Pak Abu meniaga Burger Ayam Ramly di kedai Burger.

Harga 1 Burger Ayam Ramly ialah RM8.50.

Saya lapar, jadi saya turun kedai Pak Abu.

Sampai kedai Pak Abu, saya nak order 1 Burger Ayam Ramly yang berharga RM8.50.

Sekali bila saya buka dompet, ada RM5.00 sahaja.

Bolehkah saya beli burger Pak Abu? Tidak.

Tetapi kalau saya nak beli burger? Boleh, kalau saya cukupkan +RM3.50.

Jadi konteks di sini sama seperti FCPO.

Kalau kita nak trade FCPO dan hold position ke hari yang seterusnya, dalam akaun perlu ada minimum RM8,500 kerana 1 lot FCPO ialah RM8,500.

Apa yang berlaku Bila Kena Margin Call?

Jadi untuk hold 1 lot FCPO dari sesi petang kepada sesi malam, harga untuk 1 lot FCPO ialah RM8,500.

1 Lot FCPO ialah RM8,500.

Special 25% Margin ialah kegunaan INTRADAY sahaja.

Intraday = Entry hari sama, Exit hari sama

Sekiranya dalam akaun kita hanya ada RM5,000 tetapi kita tetap nak hold 1 lot FCPO dari sesi petang ke sesi malam walaupun tak cukup RM8,500, apa yang akan berlaku?

Akan dikenakan MARGIN CALL.

Apa Perlu Buat Bila Kena Margin Call?

Client akan diberitahu untuk cukupkan duit dalam akaun kepada RM8,500.

Jadi kalau dalam akaun kita hanya ada RM5,000 dan tak mencukupi full margin RM8,500 – berapa RM yang perlu kita cukupkan?

Jawapan mudahnya ialah RM3,500.

Cara kiraan untuk Margin Call yang lebih tepat adalah:

Full Margin semasa – (Account Balance selepas tolak Loss atau tambah Profit) = Jumlah Margin Call

Kenapa Margin Call kena hanya Pada Sesi petang bawa ke Sesi malam?

Kerana Sesi Petang ke Sesi Malam bermaksud sudah masuk ke hari trading yang baru.

  • Sesi Pagi ke Sesi Petang Intraday = Tidak dikenakan Margin Call
  • Sesi Petang ke Sesi Malam  Hari Trading Berbeza WALAUPUN Hari Kalendar sama = Dikenakan Margin Call
  • Sesi Malam ke Sesi Pagi Intraday = Tidak dikenakan Margin Call

Contoh - Floating Profit

Ali apply 25% margin, dalam akaun mempunyai RM5,000 dan buy 1 lot FCPO pada 5.00PM.

Pada 6.00PM, Ali masih hold position dan position tersebut mempunyai floating profit sebanyak +RM1,000.

Berapakah jumlah Margin Call yang dikenakan pada Ali?

RM8,500 – (RM5,000 + [+RM1,000]) = RM2,500

Jadi Ali hanya perlu deposit RM2,500 untuk menjawab Margin Call yang dikenakan pada akaun trading Ali.

Contoh - Floating Loss

Ali apply 25% margin, dalam akaun mempunyai RM5,000 dan sell 1 lot FCPO pada 5.00PM.

Pada 6.00PM, Ali masih hold position dan position tersebut mempunyai floating loss sebanyak -RM2,500.

Berapakah jumlah Margin Call yang dikenakan pada Ali?

RM8,500 – (RM5,000 + [-RM2,500]) = RM6,000

Jadi Ali perlu deposit RM6,000 untuk menjawab Margin Call yang dikenakan pada akaun trading Ali.

Apakah kesan kalau akaun kena Margin Call?

Special Intraday Margin akan ditarik.

Sesetengah broker agak strict tentang client yang salah guna Special Intraday Margin (iaitu margin discount untuk trading intraday) dan hold position dengan baki yang tidak mencukupi dan kena Margin Call.

Client yang melanggar agreement Special Intraday Margin dan kena Margin Call akan ditarik Intraday Margin tersebut daripada akaunnya.

Ada broker yang tarik secara permanent sampai bila-bila (bermakna client hanya boleh trade dengan Full Margin), ada juga broker yang tarik selama 3 hari.

Margin Call under Phillip Capital

Under Phillip Capital, client yang mempunyai 25% margin tetapi kena Margin Call akan ditarik 25% margin, sehingga:

  • Kalau client jawab Margin Call, 25% margin tersebut akan diberi semula serta merta pada akaun trading client.
  • Kalau client tidak jawab Margin Call, maka 25% margin tersebut akan diberi pada trading day yang seterusnya.

Sekiranya client kena MC berkali-kali, Phillip Capital mempunyai hak untuk tarik 25% margin secara permanent!

Masih Ada Soalan Tentang Margin Call?

↓ Terus PM Admin di bawah ↓

Admin @PADrArif

Phillip Nova dan CQG

Cara Apply Special 25% Margin Intraday FCPO

Nota

  • Special 25% Margin Intraday available untuk Phillip Nova dan CQG.
  • Untuk info lanjut tentang Special 25% Margin Intraday: → KLIK DI SINI

Syarat

  • Pastikan balance dalam akaun anda SEMASA APPLY ialah minimum RM1,000. (Hanya semasa apply sahaja!)
    (Jika semasa apply tetapi balance bawah RM1,000, broker akan reject.)
  • Approval untuk 25% Margin Intraday ambil masa 15 minit
  1. Isi borang 25% Margin Intraday Form:

Tekan butang di bawah untuk download borang:

2. Hantar borang yang telah diisi kepada Admin @PADrArif

3. Selesai. Tunggu untuk Special 25% Margin Intraday approve.

Anda boleh check status approval dengan Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

Phillip Nova dan CQG

Cara Withdraw Daripada Akaun Trading

Cut-off Time Withdrawal

  • Sebelum 10:00AM → Withdrawal akan diproses pada hari sama
  • Selepas 10:00AM → Withdrawal akan diproses pada hari bekerja seterusnya
 
Proses withdrawal ambil masa 1-3 hari bekerja.
Broker akan release fund selepas tengahari, kemudian bergantung kepada BANK untuk tempoh proses release fund ke akaun bank anda. 
Ada bank laju, ada bank perlahan. 
⊗  Maybank kebiasaannya proses pada hari sama dan duit masuk akaun selepas 8PM. 
 

Cara Withdrawal

  1. Isi borang Withdrawal Request Form:

Tekan butang di bawah untuk download borang:

Tekan butan di bawah untuk CONTOH panduan pengisian borang:

2. Email resit tersebut kepada Broker:

futures_dealing@phillipcapital.com.my

Format Tajuk/Subject Email:

WITHDRAWAL (ID Akaun) (Platform)

Contoh:

WITHDRAWAL PQA**** atau ZQA**** Nova

atau

WITHDRAWAL PQA**** atau ZQA**** CQG

Format Body Email:

(Name), Withdraw (Amount)

Contoh:

Ali bin Abu, Withdraw RM1,000

3. Selesai. Tunggu sehingga withdrawal masuk ke dalam akaun anda.

Sekiranya withdraw masih belum masuk selepas sehari, terus PM Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

Phillip Nova dan CQG

Cara Deposit ke Akaun Trading

Cut-off Time Deposit

  • Sebelum 12:00 MALAM → Deposit masuk dalam akaun dalam masa <30 minit – 1 jam
  • Selepas 12:00 MALAM → Deposit akan diproses pada hari bekerja seterusnya
 
⊗ Pastikan deposit daripada Akaun Bank anda sahaja! Dilarang deposit daripada Akaun Bank Penama Syarikat atau Penama Orang Berbeza (AMLA Act 2001)  ⊗
 

Cara Deposit

  1. Deposit kepada akaun Phillip Capital Sdn Bhd:

Akaun Maybank – Phillip Capital Sdn Bhd

5140 1100 3146

Akaun Public Bank – Phillip Capital Sdn Bhd

3183 9875 13

Reference: PQA**** atau ZQA**** (nombor akaun ID anda)

Kemudian WAJIB SAVE atau SCREENSHOT Resit Anda!

2. Email resit tersebut kepada Broker:

futures_dealing@phillipcapital.com.my

Format Tajuk/Subject Email:

FUND IN (ID Akaun) (Platform)

Contoh:

FUND IN PQA#### atau ZQA#### Nova

atau

FUND IN PQA8888 atau ZQA#### CQG

Format Body Email:

(Name), Fund In (Amount)

Contoh:

Ali bin Abu, Fund In RM1,000

3. Tunggu 30 minit – 1 jam untuk deposit masuk ke dalam akaun anda.

Sekiranya deposit masih belum masuk, terus PM Admin @PADrArif (klik di bawah) ↓

Admin @PADrArif

Log In dan Mula Belajar!

Client Access

Untuk Client yang pertama kali login, sila reset password anda di bawah